Добавить новость
World News in Malay
Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

ADDIE AZWAN DILANTIK KETUA JURULATIH FUTSAL HARIMAU MALAYA

ADDIE AZWAN DILANTIK KETUA JURULATIH FUTSAL HARIMAU MALAYA fakhrul

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa legenda futsal negara, Addie Azwan Zainal secara rasminya dilantik sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan yang baharu bagi menggantikan Rakphol Sainetngam.

Rakphol, 47, tidak memperbaharui kontrak sebagai ketua jurulatih futsal Harimau Malaya yang berakhir pada 31 Disember 2025 untuk kembali ke negara asalnya sebagai ketua jurulatih futsal Thailand yang baharu.

Addie Azwan yang akan genap berusia 46 tahun pada 18 Jun 2026 merupakan penolong ketua jurulatih futsal kebangsaan sejak Rakphol membimbing skuad futsal Harimau Malaya bermula pada Ogos 2023.

Justeru Addie Azwan adalah calon paling sesuai dan layak untuk membimbing skuad futsal Harimau Malaya ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia dari 27 Januari hingga 7 Februari 2026 memandangkan beliau cukup mengenali pemain sedia ada dan memahami falsafah permainan yang telah diterapkan Rakphol sebelum ini.

Sepanjang kariernya sebagai pemain futsal kebangsaan dari tahun 2002 hingga 2010, Addie Azwan sehingga kini masih memegang rekod sebagai pemain paling banyak caps dan penjaring terbanyak keseluruhan skuad futsal Harimau Malaya.

Pengalaman beliau dalam bidang kejurulatihan pula sudah mencecah tempoh 15 tahun - bermula sebagai penolong ketua jurulatih futsal kebangsaan kepada dua ketua jurulatih iaitu Maizal Hairi Marzuki dari 2011 hingga 2013 dan Marcelo Serpa dari 2013 hingga 2016.

Selain itu, Addie Azwan juga pernah menggalas tugas selaku ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan pada tahun 2018.

Sebagai ujian sulung Addie Azwan selaku ketua jurulatih futsal Harimau Malaya pada Piala Asia Futsal 2026, Malaysia akan berdepan Iran pada 28 Januari, Afghanistan pada 30 Januari dan Arab Saudi pada 1 Februari 2026 bagi tiga aksi Kumpulan D.

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke suku akhir pada 3 Februari, seterusnya separuh akhir pada 5 Februari dan final pada 7 Februari 2026.

 

  • Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 8 Januari 2026

Date
Image
News Category

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media






Топ новостей на этот час

Rss.plus





СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *