Мы в Telegram
Добавить новость
World News in Malay
Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

DUA TAHUN DATUK HAJI HAMIDIN SELAKU PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

2020-07-14

Hari ini genap dua tahun Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bergelar Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pada tahun pertama, Datuk Haji Hamidin memperkenalkan Pelancaran Misi dan Visi FAM iaitu Peta Hala Tuju F:30 yang merupakan perancangan 12 tahun FAM pada 31 Oktober 2018, disusuli perjumpaan dengan pemimpin gabungan secara serentak bertujuan melancarkan Inisiatif Presiden, Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE), diikuti pelancaran Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 pada 17 Februari 2019 selain melancarkan piagam akar umbi yang dinamakan PIAGAM SUPARIMAU FAM pada 4 Mei 2019 dan DNA Bola Sepak Malaysia atau Cara Malaysia pada 9 Julai 2019.

Kesemua elemen yang diperkenalkan bertujuan memastikan pembangunan bola sepak dari segi tadbir urus di peringkat kebangsaan dan negeri serta kelab, kemajuan teknikal dan akar umbi serta pembangunan futsal berada di landasan yang betul ke arah merealisasikan F:30.

Tahun kedua pentadbiran FAM di bawah teraju Datuk Hamidin, badan induk bergerak pantas memastikan semua perancangan diberi perhatian sewajarnya sebelum berdepan cabaran wabak COVID-19.

15 Ogos 2019

FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), telah menandatangani satu perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 untuk menjadikan Stadium Nasional yang terletak di Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi. Stadium Nasional yang secara rasminya menjadi 'Rumah Harimau Malaya.

30 Oktober 2019

FAM sekali lagi menerima anugerah Dream Asia AFC kategori Inspirasi (Gangsa) selepas memenanginya dalam kategori Pembangunan tahun 2018.

FAM memenangi Gangsa di belakang Persatuan Bolasepak China (Perak) dan Persatuan Bolasepak Jepun (Emas).

11 November 2019

FAM mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (EFA) melancarkan dua kempen Respect untuk musim 2019/20 untuk mendidik masyarakat bahawa hormat adalah sifat utama untuk membangunkan bola sepak.

16 November 2019

FAM mengajak masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap lanskap sedia ada.

Bercakap pada upacara penutup Hari Akar Umbi Bola Sepak Cina yang diadakan di SJK (C) Lai Meng di Bukit Jalil, Datuk Haji Hamidin menggesa ibu bapa etnik Cina untuk menjadikan bola sepak sebagai satu opsyen kerjaya anak-anak mereka.

Dengan menjadikan Tan Cheng Hoe, Datuk Ong Kim Swee dan Chiew Chun Yong sebagai antara contoh individu berbangsa Cina yang menikmati kerjaya dalam bola sepak tempatan, Datuk Haji Hamidin menegaskan bola sepak bukan milik satu-satu kaum, bahkan ia bersifat sejagat.

3 Februari 2020

Program pengambilan pemain naturalisasi yang diilhamkan oleh Datuk Haji Hamidin bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.

11 Mac 2020

FAM mengumumkan pelancaran projek pengadil profesional yang dinamakan Malaysia Professional Referee System (MProRS) dengan enam orang pengadil kebangsaan telah disenarai pendek untuk menjadi perintis kepada projek berkenaan.

Datuk Haji Hamidin berkata, MProRS membawa misi yang cukup besar iaitu untuk menjadikan pengadil dari Malaysia sebagai mercu tanda pengadilan Asia.

13 Mac 2020

Demi kepentingan dan kesejahteraan semua pihak khususnya rakyat Malaysia FAM dan Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuat kuasa 16 Mac 2020.

Keputusan menangguhkan perlawanan domestik itu turut membabitkan saingan liga amatur kelolaan Amateur Football League (AFL) serta pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) kelolaan FAM.

Hasil keputusan dicapai secara perbincangan bersama dengan Rakan Kongsi Liga, wakil Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan penaja.

19 Mac 2020

FAM memaklumkan bahawa Sekretariat Agung FAM masih beroperasi seperti biasa mengikut polisi dalaman yang telah ditetapkan biarpun ibu pejabat FAM iaitu Wisma FAM di Kelana Jaya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020 kerana wabak COVID-19.

Semua kakitangan FAM telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi memastikan segala kerja-kerja berkaitan dapat diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan, sekali gus operasi FAM dapat berjalan seperti biasa.

 

Dalam pada itu, FAM juga menjalin kerjasama lebih kukuh dengan Jepun menerusi Perjanjian Persefahaman yang diperkukuhkan menerusi lawatan ke Tokyo.

26 Julai 2019 (Kursus Kepengadilan MA FIFA dan Seminar Pengadil Piala Malaysia & Challenge Cup 2019 oleh 3 Pengadil Jepun)

Pengadil Jepun Kongsi Pengalaman Pada Kursus Kepengadilan MA FIFA dan Seminar Pengadil Piala Malaysia 2019 & Challenge Cup 2019.

27 Julai 2019 (3 Pengadil Jepun Mengadili Perlawanan Akhir Piala FA 2019)

Takuto Okabe, pengadil berusia 38 tahun dari Jepun, dipilih mengadili Final Shopee Piala FA 2019, Perak lwn Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu (27 Julai 2019). Okabe dibantu oleh dua Penolong Pengadil yang juga dari Jepun iaitu Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30.

26 - 30 Ogos 2019 (Lawatan Perbincangan & Mesyuarat Dua Hala JFA-FAM)

FAM dan JFA mengadakan perbincangan dua hala selama lima hari bermula 26 Ogos di Tokyo bagi memenuhi ruang kerjasama berpandukan MoU yang ditandatangani di Pejabat Perdana Menteri, April 2019.

Delegasi FAM ke Jepun diketuai Datuk Haji Hamidin, atas jemputan rakan sejawatannya di JFA, Kohzo Tashima.

Lawatan di JFA House ini membuka ruang pembangunan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk kem latihan skuad kebangsaan, pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, pembangunan teknikal dan belia, pembangunan akar umbi, bola sepak wanita dan futsal serta jalinan hubungan kerajaan.

3 - 13 September 2019 (4 Pemain Muda Malaysia Jalani Latihan di Cerezo Osaka, Jepun)

Kerjasama itu dimeterai ketika delegasi FAM berkunjung ke Jepun dan empat pemain - Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari - menimba ilmu dengan Cerezo Osaka dari 3 hingga 13 September 2019.

Nama-nama tersebut dipilih berdasarkan prestasi pemain-pemain berkenaan yang sentiasa dipantau oleh FAM dengan kerjasama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

1 - 14 Oktober 2019 (Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 (Modul Ke-4) anjuran FAM di Cerezo Osaka, Osaka dan Omiya Ardija, Saitama)

Seramai 20 jurulatih telah menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 dengan modul keempat kursus ini berlangsung dari 1 hingga 14 Oktober 2019.

Modul kali ini melibatkan lawatan ke dua buah kelab di Jepun yang berpangkalan di Osaka dan Saitama iaitu Cerezo Osaka dan Omiya Ardija.

8 - 18 Oktober 2019 (3 Pemain Muda Malaysia Jalani Latihan di FC Tokyo, Jepun)

Selepas dua minggu di Osaka sebelum ini, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi ke Jepun iaitu ke JFA Academy dan FC Tokyo bersama dua pemain lain iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili.

Penempatan pemain berkenaan di negara matahari terbit ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan peluang untuk mereka membiasakan diri dengan corak latihan dan permainan, serta cara hidup di sana jika mereka terpilih atau berpeluang untuk beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang.

Wabak COVID-19 memperlahankan proses sedia ada tetapi di bawah Datuk Haji Hamidin, FAM yakin akan memulihkan semula keadaan untuk memastikan perencanaan ke arah F:30 bergerak di landasan yang betul.

Читайте на 123ru.net


Новости 24/7 DirectAdvert - доход для вашего сайта



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России



Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Smi24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city

Синоптик Леус: грозовые дожди собьют жару в Москве

Доллар открыл торги 3 июня ослаблением к белорусскому рублю

Загруженность дорог Подмосковья составляет 4 балла утром 3 июня

РАБОТКА ТАКАЯ ОФИС ДОМА

Музыкальные новости

Студия Звукозаписи в Москве. Создание Песен, Музыки, Аранжировок.

Фильм «Мой любимый чемпион» показали в павильоне «Роснефти» на ВДНХ в Москве

Скандал с пенальти, отмена гола Вендела и решающий мяч Алипа на 95-й! «Зенит» победил «Балтику» в финале Кубка России

До плюс 50 градусов: Каким городам России грозит аномальная жара летом 2024 года. Опубликован список

Новости России

Гендиректор ОМК Петр Трушин возглавил жюри премии «HR-бренд» от HeadHunter

Стартовало зрительское голосование за выбор участников народного реалити-шоу «Вместе»

Кирпич, упавший с крыши, чуть не убил маму с двухлетним ребенком

Пелагея сняла на видео рыдающую дочь, узнавшую о неприятном поступке отца

Экология в России и мире

Пегас сделал важное заявление по Египту: стали известны цены на туры на предстоящую зиму

Доктор Кутушов назвал болезни, которые поджидают отдыхающих у водоёмов

Бесплатные ежедневные тренировки от сети фитнес-клубов Spirit. Fitness в парке Горького/Музеон

Волжский нарцисс - Плес

Спорт в России и мире

Прямая трансляция матча Рыбакиной с победительницей четырех "Больших шлемов"

Потапова о поражении от Свентек на "Ролан Гаррос": организм дал сбой

Синнер повторил уникальное достижение Джоковича и Надаля на турнирах «Большого шлема»

Прямая трансляция матча Елены Рыбакиной против экс-первой ракетки мира на «Ролан Гаррос»

Moscow.media

Аккумулятор неанонсированного Samsung Galaxy Z Fold6 Ultra сертифицировали

Пожар в пятиэтажке унес жизнь неосторожного курильщика

Доступный, летний, твой – StarLine A60 BT GSM ECO

Водитель "Лифана" погибла после аварии с фурой







Топ новостей на этот час

Rss.plus





СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *