Добавить новость
World News in Malay
Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

SIARAN MEDIA: TARIKH SEPAK MULA PIALA PRESIDEN, PIALA BELIA & MPFL 2021 TERPAKSA DIANJAKKAN

2021-06-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa tarikh mula pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim 2021 kini terpaksa dianjakkan ke satu tarikh yang baharu iaitu paling awal pada September 2021.

Ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada 1 Jun lalu yang sepatutnya berakhir hari ini, masih dikekalkan penguatkuasaannya oleh kerajaan dan ditambah pula dengan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) oleh Perdana Menteri yang turut akan melalui beberapa fasa yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, pertandingan-pertandingan di atas dijangka hanya akan dapat dimulakan seawal September 2021 yang mana latihan pasukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibenarkan 30 hari sebelum sepak mula setiap pertandingan, bergantung kepada keadaan semasa jumlah kes baharu harian COVID-19 yang akan mempengaruhi peralihan fasa dalam PPN.

Bagaimanapun, aktiviti dan maklumat di atas adalah perancangan FAM buat masa ini dan ia tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Perkara-perkara lain yang berkaitan khususnya format, jadual, peraturan dan juga tarikh sebenar aktiviti pertandingan akan turut dikongsi dengan semua pihak.

FAM pada masa yang sama juga sedang aktif berusaha dan berkomunikasi dengan semua pihak yang berkaitan bagi mendapatkan kelulusan untuk kesemua pertandingan ini dapat dijalankan secepat mungkin.

Sebagai usaha untuk mengekalkan kesinambungan menjelang sepak mula pertandingan-pertandingan di atas, FAM juga akan memperkenalkan beberapa aktiviti atau bengkel secara dalam talian (online) yang berkaitan dengan pasukan-pasukan dalam masa terdekat ini. Pemakluman lanjut mengenai aktiviti ini akan dibuat sejurus selepas semua perkara diperincikan.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media






Топ новостей на этот час

Rss.plus





СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *