Мы в Telegram
Добавить новость
World News in Malay
Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

KELAYAKAN PIALA ASIA B-23 2022: MALAYSIA DUNDI KUMPULAN J BERSAMA THAILAND, LAOS & MONGOLIA

2021-07-09

Malaysia akan berdepan Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang akan berlangsung di Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021 bagi merebut 15 slot terbaik bersama tuan rumah, Uzbekistan ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut di Tashkent.

Ia telah ditetapkan pada majlis undian yang dikendalikan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini dengan menyaksikan 42 pasukan bertanding telah dibahagikan ke dalam 11 kumpulan iaitu enam kumpulan bagi Zon Barat dan lima kumpulan bagi Zon Timur.

Juara setiap kumpulan iaitu 11 pasukan akan disertai empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan juga tuan rumah, Uzbekistan bagi membentuk 16 pasukan terbaik bakal beraksi pada Piala Asia B-23 2022 yang dijadual berlangsung di Tashkent pada Jun 2022.

Bagi saingan kelayakan kali ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk tidak menghantar kelompok pemain berusia 22 tahun seperti yang disyaratkan oleh AFC, sebaliknya telah membuat keputusan untuk mempertaruhkan skuad B-20 kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2022 ini.

Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, ini merupakan program jangka panjang FAM bagi skuad B-23 kebangsaan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis yang mana barisan pemain yang perlu dipersiapkan ke arah itu adalah dari skuad B-20 kebangsaan ketika ini iaitu para pemain yang berusia 20 tahun dan ke bawah pada tahun ini (2021).

"Keputusan ini telah pun dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM sebelum ini dan seterusnya mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Kelompok pemain ini (berusia 20 tahun dan ke bawah) akan kita sediakan lebih awal bermula tahun ini bagi menghadapi dua kitaran pusingan kelayakan iaitu Kelayakan Piala Asia B-23 2022 pada Oktober ini dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 pada tahun 2023, selain dua edisi Sukan SEA iaitu di Vietnam pada 2021 (telah ditunda ke 2022) dan di Kemboja pada 2023.

"Jadi kelompok pemain ini akan diberikan lebih banyak pendedahan dan persiapan jangka panjang yang lebih awal bagi kempen kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 itu termasuk beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 ini serta kejohanan-kejohanan lain bagi peringkat usia B-22 atau B-23 yang akan datang," kata Kim Swee.

Sebagai rekod, Piala Asia B-23 sebelum ini dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFC yang mana pada empat edisi terdahulu sejak 2013, Malaysia hanya sekali berjaya melepasi saingan kelayakan dan layak ke pusingan akhir pada 2018 di China dengan mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Republik Korea.

"Bagi undian kali ini, bukan bermakna laluan mudah dalam Kumpulan J ini kerana kita kena faham yang kita menghantar skuad B-20. Apa yang lebih penting, pendedahan kepada para pemain ini untuk mereka dipersiapkan menjelang saingan kelayakan seterusnya pada 2023.

"Kita akan bertemu Laos pada perlawanan pertama yang mana mereka merupakan lawan biasa kita dalam kejohanan di Asia Tenggara. Tapi tak boleh ambil mudah kerana mereka menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

"Perlawanan kedua, Mongolia. Sudah tentu juga bukan perlawanan yang mudah kerana kita tahu mereka berkelebihan selaku pasukan tuan rumah manakala perlawanan ketiga, Thailand merupakan musuh tradisi kita dan juga pencabar utama.

"Jadi kita perlu bersiap sedia dengan persiapan yang lebih baik untuk layak ke pusingan akhir dan jika berjaya layak, ia satu bonus untuk para pemain skuad B-20 ini didedahkan dengan kejohanan yang lebih tinggi sebelum kita ke kelayakan seterusnya pada 2023.

"Mengenai persiapan pasukan menjelang saingan kelayakan pada Oktober ini, sudah tentu Brad (Maloney) mempunyai perancangannya yang mana beliau akan mengumpulkan para pemain bagi kem latihan pusat pada jendela FIFA yang akan datang ini," jelas Kim Swee.

Pada aksi kelayakan bagi Kumpulan J nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Laos pada 27 Oktober 2021, diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Mongolia pada 29 Oktober 2021, sebelum menentang Thailand pada aksi terakhir pada 31 Oktober 2021.

Читайте на 123ru.net


Новости 24/7 DirectAdvert - доход для вашего сайта



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России



Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Smi24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city

Москвичей пригласили понаблюдать за битвой за Пантикапей

5 фактов про Троице-Сергиеву Лавру, главный русский монастырь

Baza: москвич залез на столб, чтобы спасти запутавшуюся ворону

Минцифры хочет упростить проведение биометрических проверок данных граждан

Музыкальные новости

Совместное заявление участников круглого стола, приуроченного ко «Дню защиты прав безвинно осужденных»

Курорт «Горячинск» поддерживает «Балет на Байкале. Бурятия»

Попурри мелодий и дух патриотизма: военный оркестр в парке «Кузьминки» отметил День России

«Газпром-Медиа Холдинг» при поддержке ПАО «Газпром» организует мультиформатный фестиваль в честь Дня России

Новости России

5 фактов про Троице-Сергиеву Лавру, главный русский монастырь

Овчинский: ОЭЗ «Технополис Москва» увеличит выпуск электрогрузовиков

Baza: москвич залез на столб, чтобы спасти запутавшуюся ворону

Исторический фестиваль "Времена и эпохи" проходит в Москве

Экология в России и мире

Магазин "Стильпарк" в новой концепции открылся в Москве

Где недорого отдохнуть в июле? Россиянам раскрыли все карты по турам за рубеж и по России

Назван российский город, откуда в Турцию срочно увеличивают число рейсов, впервые поставив широкофюзеляжный самолет Airbus 330

Массовыми патриотическими акциями отметили День России на заводах АО "Желдорреммаш"

Спорт в России и мире

«ITF решила пойти по пути WTA и ATP, которые давно допускают россиян» — Янчук

Самсонова вышла в четвертьфинал турнира WTA в Хертогенбосе

Бьянка Андрееску: «Мне нравится, что на траве, поскольку она намного быстрее грунте, меньше времени на раздумья»

Соболенко и Димитров вместе потренировались на «Уимблдоне»

Moscow.media

Закат на Катуни

Ученые создали «умные» капсулы для мониторинга здоровья

В Ингушетии чиновники похищали бюджетные средства, предназначенные для поддержки семей с детьми

Intel нашли источник нестабильности у флагманских чипов Raptor Lake — производители материнских плат не виноваты







Топ новостей на этот час

Rss.plus





СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *