Мы в Telegram
Добавить новость
World News in Malay
Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

SIARAN MEDIA: EKOSISTEM BOLA SEPAK AKAR UMBI BERSEPADU MILO® x FAM MENYASARKAN UNTUK MELATIH 5,000 JURULATIH DAN 100,000 PEMAIN MUDA MENJELANG 2026

2021-12-14

MILO® dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kerjasama lima tahun bagi melestarikan masa hadapan generasi pelapis bintang bola sepak menerusi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi bersepadu. Menumpukan fokus utama terhadap latihan kemahiran bola sepak peringkat akar umbi, dua gergasi sukan ini akan berpadu tenaga untuk menyelaraskan serta mengembangkan platform sedia ada masing-masing untuk manfaat jurulatih dan pemain muda.

Kerjasama ini telah menyemarakkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang sudah lama terjalin sejak akhir 1980-an dan awal 1990-an menerusi penganjuran pelbagai kejohanan bola sepak akar umbi yang telah melahirkan beberapa pemain legenda negara. Kini, MILO® dan FAM melangkah lebih jauh untuk memartabatkan lagi masa hadapan bola sepak tanah air.

“Bola sepak menyerlahkan peranan sukan sebagai guru terbaik yang memupuk kesungguhan, keberanian dan kecekalan yang bukan sahaja dapat memperkasakan daya saing sewaktu bertanding malah membentuk keperibadian individu untuk berjaya dalam hidup. Malah, kami sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni ini dalam diri juara muda menerusi inisiatif sukan kami selama ini. Dengan mengalu-alukan FAM kembali ke dalam kerjasama ini, kami meletakkan harapan yang lebih tinggi untuk menginspirasikan yang terbaik dalam generasi juara akan datang, di samping bekerjasama untuk mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baharu dalam persada bola sepak negara,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sementara itu, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM merakamkan penghargaan atas kerjasama berterusan dengan MILO® dan menyifatkan hubungan antara kedua-dua pihak ini tidak boleh lagi dipisahkan demi kemajuan bola sepak tempatan. Beliau berkata, “MILO® telah sekian lama menjadi rakan kerjasama bola sepak Malaysia, malah MILO® mengorak langkah ke era baharu hari ini menuju masa hadapan, seperti mana yang dilakukan pada tahun 1990-an dahulu, dengan menyediakan dorongan dan platform kepada golongan muda untuk menonjolkan serta mengasah bakat mereka.”

Ulas beliau lagi, usaha pembangunan bola sepak akar umbi sangat kritikal demi masa hadapan bola sepak tanah air. “Kami ingin merintis masa hadapan untuk anak-anak muda hari ini kerana kami percaya merekalah bintang-bintang masa hadapan. Namun, kejayaan masa hadapan turut bergantung kepada jurulatih yang akan membimbing anak-anak kita ini untuk mencapai potensi terbaik mereka. Justeru, kerjasama kami dengan MILO® akan memastikan latihan untuk membangunkan kedua-dua pemain muda dan jurulatih ini bergerak seiring dengan pembentukan ekosistem yang holistik ini,” tambah beliau.

Sebahagian besar bakat baharu di peringkat akar umbi dicungkil menerusi program bimbingan komuniti yang menyediakan latihan kemahiran asas bola sepak serta menganjurkan perlawanan bola sepak komuniti seperti Klinik Bolasepak Suparimau. Ketika ini, terdapat 122 akademi dengan 10,000 pemain muda berdaftar di bawah Piagam Suparimau di seluruh negara. Kerjasama MILO® x FAM berusaha mengembangkan lagi Piagam Suparimau kepada ekosistem yang terdiri daripada 800 akademi dengan 100,000 pemain muda dalam tempoh lima tahun akan datang. Di samping itu, MILO® dan FAM juga komited untuk mengembangkan kelompok jurulatih daripada 1,000 jurulatih yang kini berdaftar dengan pelbagai akademi di seluruh negara kepada 5,000 jurulatih menjelang 2026.

Malah, tirai kerjasama MILO® x FAM telah dibuka lebih awal lagi dengan MILO® All Star Challenge, iaitu pencarian pemain bola sepak gaya bebas terbaik seluruh negara secara atas talian yang telah tiba ke kemuncak finale pada bulan lepas. Lapan finalis teratas telah ditawarkan peluang seumur hidup untuk mengikuti kem latihan bola sepak MILO® x FAM Ultimate Experience di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan serta bintang-bintang FAM kegemaran mereka – satu lagi peluang keemasan yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muda Malaysia untuk merealisasikan impian bola sepak mereka di bawah kerjasama ini.

Ekosistem MILO® x FAM akan turut melengkapkan pelbagai inisiatif sukan MILO® yang lain, khususnya karnival futsal MILO® Hidup Bola yang telah melahirkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan yang terbaik dalam sejarah 16 tahun penganjurannya, termasuk Nik Akif Syahiran Nik Mat, pemain skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan yang sedang melonjak naik, serta Arif Aiman ​​​​Hanapi yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021. Kerjasama ini akan melancarkan lagi peralihan kerjaya profesional bakat-bakat yang dicungkil menerusi MILO® Hidup Bola untuk diserap masuk ke dalam sistem FAM.

14 Disember 2021

Читайте на 123ru.net


Новости 24/7 DirectAdvert - доход для вашего сайта



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России



Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Smi24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city

На стройплощадке Ленинградской АЭС досрочно завершено устройство котлована под здание реактора энергоблока 8

"КазМунайГаз": Казахстан до конца года поставит в ФРГ более 1 млн тонн нефти

В Туле перевозчиков будут штрафовать за высадку из транспорта инвалидов I группы

Дьявольская жара + 38 градусов идет в Россию уже скоро: Вильфанд рассказал о самом жарком месяце

Музыкальные новости

Группа Metallica даст виртуальный концерт в Fortnite 22 июня

Азербайджан назначил столицей тюркского мира талышский город Ленкорань. Талышские организации мира бьют тревогу

Рост объема ипотечного кредитования Волго-Вятского банка Сбербанка в апреле 2024 года составил 27 %

Многонациональный «Хоровод со Знанием» собрал более 1000 гостей Выставки “Россия”

Новости России

В Чебоксарах хлебом-солью и представлением встретили первый самолет новой авиакомпании

Рядом с пляжами находится 50 новостроек Москвы

В горокруге Истра пьяный водитель вылетел на встречку и врезался в «Газель»

В Туле перевозчиков будут штрафовать за высадку из транспорта инвалидов I группы

Экология в России и мире

Курорт «Горячинск» поддерживает «Балет на Байкале. Бурятия»

Более 340 тыс. кв м асфальта отремонтировали во дворах Подмосковья

Где недорого отдохнуть в июле? Россиянам раскрыли все карты по турам за рубеж и по России

Новые портативные ирригаторы Revyline RL 630 Green скоро поступят в представительство марки в Махачкале

Спорт в России и мире

Хачанов вылетел с турнира ATP в Хертогенбосхе после первого же матча

Дзюба заявил, что был бы теннисистом уровня Сафина

Самсонова вышла в четвертьфинал турнира WTA в Хертогенбосе

Самсонова вышла во второй круг турнира в Хертогенбосе

Moscow.media

Новая технология моделирования ДНК ускорит биомедицинские исследования

Северные ночи...

Росгвардейцы обеспечили охрану общественного порядка в День поселка Вербилки

Гроза роскошных седанов от BMW и Mercedes-Benz. История Fiat 130







Топ новостей на этот час

Rss.plus





СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *