Мы в Telegram
Добавить новость
World News in Malay
Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

TERIMA KASIH ATAS PERKHIDMATAN SELAMA 42 TAHUN DI FAM

2021-12-31

Hari ini, 31 Disember 2021 merupakan hari terakhir perkhidmatan Ehambaram a/l Navarengaswamy atau lebih dikenali sebagai Mr. Balan atau Uncle Balan sebagai penghantar bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama tempoh hampir 42 tahun sejak 1980.

Ehambaram yang lahir pada 15 Oktober 1953 kini telah mencecah usia 68 tahun dan sepanjang tempoh bersama FAM, beliau telah bekerja di bawah lima orang Presiden dan lapan orang Setiausaha Agung.

"Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan kami lapan beradik membesar di sana dengan ayah saya bekerja sebagai penyelia ladang getah dan ibu pun bekerja sebagai penoreh getah.

"Selepas habis belajar, saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1972 ketika berusia 19 tahun dan bekerja sebagai penghantar di sebuah syarikat insurans selama dua tahun dan kemudian di sebuah syarikat saham dimiliki oleh komuniti Jepun selama lima tahun.

"Kemudian pada usia 27 tahun iaitu pada Mac 1980, saya mula menyertai FAM yang mana ketika itu FAM baru berpindah ke Wisma FAM di Kelana Jaya ini dengan hanya lima kakitangan tetap.

"Walaupun sebagai penghantar, saya turut melakukan kerja-kerja pejabat yang lain termasuk penyediaan tiket perlawanan dan tugasan di stadium, selain saya juga membantu di padang ketika skuad Harimau Malaya kendalian Karl Heinz Weigang dalam persiapan untuk Kelayakan Olimpik 1980," kata Ehambaram ketika ditemu ramah oleh www.fam.org.my.

Ditanya mengenai lima Presiden FAM iaitu Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, beliau berasa bertuah kerana diberi kesempatan tersebut yang sudah pasti jarang dapat dilakukan oleh mana-mana individu lain.

"Walaupun kesemua mereka ini terdiri daripada pemimpin negara dan juga golongan diraja, mereka ini tetap mengambil tahu dan menjaga kebajikan staf FAM.

"Dan bersama Datuk Haji Hamidin pula, beliau sentiasa kenal dan ingat dengan saya setiap kali kami berjumpa sejak dari beliau bersama FAS lagi. Sehingga ke hari ini, semuanya baik dan apa saja permintaan saya, beliau pasti akan bantu," jelasnya.

Sebagai tanda penghargaan dan khidmatnya bersama FAM, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah menganugerahkan Ehambaram tiga pingat iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Setia Mahkota Pahang (SMP).

Mengenai lapan Setiausaha Agung FAM pula iaitu mendiang Dato' Paul Murugasu, mendiang Dato' Sri Paul Mony Samuel, Datuk Dell Akbar Khan, Tan Sri Dr Ibrahim Saad, Dato' Sri Azzuddin Ahmad, Datuk Haji Hamidin, Stuart Ramalingam dan penyandang semasa, Haji Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau berkata: "Masing-masing memiliki karakter berbeza dan cara tersendiri. Tapi bagi saya, semua mereka bagus dalam menjalankan tugas di kerusi tersebut."Biarpun tugasannya sebagai penghantar, Ehambaram pernah juga beberapa kali diberi peluang ke luar negara iaitu untuk mengikuti pasukan sebagai pegawai pentadbir iaitu ke India, Nepal, Sri Lanka dan Bangladesh, selain turut pernah menjadi pengadil bola sepak, futsal dan bola sepak pantai.

"Sebenarnya saya sedih untuk meninggalkan keluarga bola sepak ini. Tapi saya tiada pilihan kerana faktor usia. Apa pun, saya gembira kerana dapat berkhidmat selama hampir 42 tahun bersama FAM tanpa sebarang masalah.

"Cuma sebagai individu yang cukup meminati bola sepak, saya berharap agar suatu hari nanti, Malaysia akan layak bermain di Piala Dunia, walaupun di peringkat B-20 atau B-17 sekali pun," ujar beliau.

Ditanya perancangannya untuk tahun 2022 iaitu selepas bersara, beliau berkata: "Isteri dan anak-anak suruh saya berehat selepas merata berjalan lebih beratus ribu kilometer sebagai penghantar. Saya akan menghabiskan masa untuk berehat di rumah, selain melakukan senaman bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan."

Sebagai mengakhiri perbualan, Ehambaram mempunyai sedikit nasihat dan tips kepada anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam dunia pekerjaan untuk kekal lama seperti beliau.

"Apa yang paling penting, kita kena sayang dengan kerja kita. Tak kira sama ada di peringkat bawahan atau peringkat atasan, pasti tidak akan berdepan masalah.

"Apabila bos beri tugas, terima saja tugas tersebut walaupun ia bukan tugas hakiki kita, selagi kita mampu melakukannya. Jika benar-benar di luar bidang, beritahu cara baik dengan bos.

"Yang mustahak, kita perlu buat tugasan kita dengan sebaiknya. Sebab itu saya boleh bertahan sehingga ke hari ini," jelas beliau yang mempunyai empat orang anak dan seorang cucu.

Читайте на 123ru.net


Новости 24/7 DirectAdvert - доход для вашего сайта



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России



Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Smi24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city

МГУ восьмой раз подряд вошел в топ-100 лучших университетов мира по версии QS

Дело не в дороге: с какими проблемами чаще всего сталкиваются автотуристы

И в снег, и в зной: в РФ появится всесезонный центр для испытания шин

«Как гром среди ясного неба». Андрей Турчак возглавил Республику Алтай

Музыкальные новости

«Роза Хутор» теперь тоже в метавселенной

Концерт в музее им. П.И. Чайковского

ГЕРОИЧЕСКОЕ УЧАСТИЕ АРМЯН В СВО. ЧАСТЬ ЧЕТВЕРТАЯ

В АО "Желдорреммаш" запущен проект “Дашборд”

Новости России

Авиадебошир сорвал рейс из Москвы до Новосбирска

В ссылку или на слияние? Несколько версий назначения Турчака главой Республики Алтай

Даванков ответил Делимханову в ходе спора о хиджабах в школах

Слушатель из Смоленска выиграл на «Авторадио» «Москвич 3»

Экология в России и мире

Работник СЛД «Чита» филиала «Забайкальский» ООО «ЛокоТех-Сервис» принял участие в экологической акции по очистке берега и дна озера Кенон

Befree запускает сайт для поиска талантов

Студия Звукозаписи в Москве. Создание Песен, Музыки, Аранжировок.

С чем носить юбку этим летом: примеры стильных образов

Спорт в России и мире

После поражения де Минору россиянин Медведев завершает выступление в престижном теннисном турнире

Ролан Гаррос. Расписание 2 июня. Потапова и Швентек сыграют первым запуском, Синнер – последним

«Контракта на экипировку у меня до сих пор нет» // Теннисистка Анна Калинская о лучшем сезоне в своей карьере

Потапова о поражении от Свентек на "Ролан Гаррос": организм дал сбой

Moscow.media

Дайджест новостей «Грузовичкоф» за май

Филиал № 4 ОСФР по Москве и Московской области информирует: Свыше 5,2 миллиона жителей Московского региона получают набор социальных услуг в натуральном виде

На орловской трассе столкнулись микроавтобус «УАЗ» и тягач «Scania», груженный дисками вагонных колес

Новые мониторы Xiaomi на российском рынке







Топ новостей на этот час

Rss.plus





СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *